0

~ You Raised Me UP ~


You Raised Me UP


*********

~Dulu disini ada awan..
Seringkali awan turunkan hujan
Si pohon kecil pon merungut..
Mengapa selalu Hujan..
Si pohon selalu dibasahkan..
Seringkali ia marah..
Mengapa perlu Hujan..

Kini awan pon berlalu pergi..
Hujan pon tiada lagi...
Kini si pohon sedar..
Daun2nya tumbuh segar..
Bunga2nya mekar..
Kini si pohon sedar..
Mengapa dulu dia marah?
Kerana Hujanlah, dia membesar...
Kerana Hujanlah, dia belajar...




2

~ Bobosan ~

image from gopoetrygo.blogspot.com


******************************


"Haih.. bosan ar ko ni.. anti social btol, dah ar susah nak contact ko~"

***Fruuh fruuh fruuh ****

Betul, begitu mudah sekali kita merasa bosan dengan manusia. Kenapa? Sebab kita memang dicipta untuk bergembira, untuk bersukaria, untuk memuaskan nafsu dan bergelak ketawa.

Hah? Aku gila? Eih btol ar! Manusia memang dicipta untuk have fun ar.. haa? Whaat? Dua Tujuan hidup manusia? Ubudiyah dan khalifah? Ooo yang tu… jap.. *belek2 Quran*. U mean ayat ni ek?

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (az-zariyat: 56)

“Dan ingatlah ketika Allah befirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi”… “ (al-baqarah :30)

Ermm…ermmm.. well.. ni quran jek.. lek ar, kit baca cukup ar kan? takyah ar amik ape yg die suruh, baca pon dapat pahala ar.

Alahai.. gile BOBOSAN (tersangat bosan) ko ni, tak sporting langsung,pemikiran tak terbuka langsung! Sikit-sikit nak ikut Quran, hadith ar, tu agama jek, gile no life dowh~

Yup, begitu mudah sekali kita merasa bosan dengan manusia. Kenapa? Kerana dia tidak menepati citarasa kita, tak sekepala, tak memberi ape yg kita nak. Tak fun langsung, kalo aku gi cari org lain mesti hidup lagi happening.. kan?kan kan kan?

Kalaulah begitu… tidak ke kita rasa yang sebenarnya kita ni bosan dimata Allah?

Dah berjela-jela suruhan Allah dalam Quran.. Kita ignore

Dah bermacam-macam nikmat dan support Allah beri.. Kita ignore

Dan berkali-kali panggilan Allah kepada hambaNya.. kita ignore

Tidakkah kita ni membosankan? Allah mencipta kita untuk menjadi hambaNya yang abdi, Menjadi orang yang menegakkan agamaNya dimuka bumi.. tapi kita tak sporting. Pemikiran kita tak terbuka langsung. Sedangkan hambaNya yang lain membuka visi mereka mengejar Syurga yang kekal abadi, kita mengecilkan mata kita dengan syurga di dunia.. tidakkah kita ni membosankan?

Bila ada keseronokan, ada kegembiraan, ada kebahagiaan yang Allah sediakan di Akhirat nanti.. kita ignore.. dengan mengejar keseronokan dan kebahagiaan yang tak seberapa pun di dunia.. tidakkah kita ni membosankan? Tak happening langsung, alang-alang nak enjoy, enjoy ar puas-puas. Yup, di Syurga nanti.

Siapakah sebenarnya kita di mata Ilahi? Kita sangkakan kita orang hebat, kita sangkakan kita ternama, tapi sebenarnya kita tidak ada ape2, di mataNya. Kewujudan kita, ada atau tak, tak memberi kesan sikitpun untuk Islam, yup agama Allah, yang manusia perlu tegakkan di dunia.

Adakah kita mahu pabila kita pulang kepadaNya, Allah berkata. “wahai Tanah, ape yang telah kau lakukan untuk agamaku?” kita menjawab..”tiada ape-apa Tuhanku”

Pasti ketika itu, Allah bosan gila ngan kita. Tanpa memandang hambaNya yang hina, Dia mencampak kita ke neraka, kenapa? Kerana kita tidak layak masuk Syurga, kenapa? Kerana kita ni membosankan. Kenapa? Kerana kewujudan kita, tidak memberi signifikasi pun kepadaNya. Yup, kerana manusia hanyalah mulia, jika menjalankan tujuan hidupnya.

******

“Kalau Allah menhendaki, nescaya dimusnahkan-Nya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) yang lain (sebagai penggantimu). Dan Allah mahakuasa berbuat demikian.” (an-nisa :133)

 
Copyright © Langit Berada Dibawah